Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia

Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia: Malaysia adalah antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai pasaran kenderaan yang besar. Setiap tahun, lebih dari setengah juta buah kenderaan baru berjaya dijual.

Sepanjang tahun 2015, jumlah keseluruhan kenderaan yang telah dijual di Malaysia adalah sebanyak 666,674 buah kenderaan.

Berikut adalah jumlah jualan terkumpul kenderaan bagi top 5 jenama paling laris di Malaysia sepanjang tahun 2015.

Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia

Top 5 Jenama Paling Laris 2015 
  1. Perodua - 213,307
  2. Proton - 102,175
  3. Honda - 94,902
  4. Toyota - 93,760
  5. Nissan - 47,235

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Disember 2015


Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan November 2015


Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Oktober 2015

Berikut adalah senarai jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Oktober 2015 mengikut jenama atau pengeluar. Secara keseluruhannya, sebanyak 55,754 buah kenderaan pelbagai jenis telah dijual sepanjang bulan Oktober. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 4,648 buah berbanding bulan September 2015.

Tempat teratas masih lagi dikuasai oleh Perodua dengan jumlah jualan sebanyak 17,305 buah kenderaan. Namun ditempat kedua yang sebelum ini dimiliki oleh Proton telah diambil alih oleh Toyota dengan jumlah jualan sebanyak 9,000 buah kenderaan. 

Kedudukan Proton juga turut dipintas oleh Honda untuk berada ditempat ketiga dengan jumlah jualan sebanyak 8,504 buah kenderaan berbanding Proton yang hanya mampu berada ditempat keempat dengan jumlah jualan sebanyak 8,026 buah kenderaan. 

Senarai Lengkap Jualan Kenderaan di Malaysia Mengikut Jenama - Okt 2015
Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan September 2015

Berikut adalah senarai jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan September 2015 mengikut jenama atau pengeluar. Secara keseluruhannya, sebanyak 51,106 buah kenderaan pelbagai jenis telah dijual sepanjang bulan September. Jumlah tersebut telah menurun sebanyak 2,346 buah berbanding bulan Ogos 2015.

Perodua masih menerajui jualan dengan jumlah 14,479 buah walaupun berlaku penurunan 13.4% berbanding jualan pada bulan Ogos. Diikuti oleh Proton, Toyota, Honda dan Nissan sebagai top 5 jenama paling popular di Malaysia.

Honda, Mazda, Mitshubishi, BMW dan Hyundai adalah antara jenama yang berjaya meningkatkan jumlah jualan mereka berbanding bulan sebelumnya.

Senarai Lengkap Jualan Kenderaan di Malaysia Mengikut Jenama - Sept 2015
Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia

sumber info: paultan.org
1 Komentar untuk "Jumlah Jualan Kenderaan Di Malaysia "
Tanpa Nama
delete

saya amat berterima kasih kerana tuan memberikan maklumat yang saya sangat2 kehendaki. harap diteruskan lagi bagi tahun 2016

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved