Berikut adalah maklumat buat kakitangan kerajaan. Mulai 1 Januari 2015, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan diswastakan oleh kerajaan menjadi Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang juga masih dibawah Kementerian Kewangan.
LPPSA berperanan sama seperti bank konvensional lain di mana tiada lagi interest rate yang tetap seperti sebelum ini. Semua permohonan juga diperketatkan dengan melihat kedudukan kewangan, tanggungan dan rekod ctos pemohon.
Maka... Kini tiada lagi keistimewaan yang diperoleh oleh kakitangan kerajaan dalam mendapat pinjaman perumahan.
Peralihan BPP ke LPPSA
1. Penjawat Awam boleh memohon pinjaman perumahan melalui laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) .2. Semua dokumen pinjaman perumahan perlu disediakan oleh Panel Peguam LPPSA. Walaubagaimanapun peguam yang bukan Panel masih boleh digunakan dan tertakluk kepada kelulusan LPPSA seperti berikut:-
- Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 3 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Januari 2015.
- Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 1,2,4,5,6 dan 7 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Jun 2015.
3. Dokumen pinjaman baru akan digunakan di bawah LPPSA . Oleh itu dokumentasi pinjaman yang telah diluluskan hendaklah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Tanah sebelum 31 Disember 2015.
4. LPPSA akan melantik Panel Insuran baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016.
Tolak Skim Pinjaman LPPSA
Berikut pula adalah kenyataan dari Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia yang menyatakan kenapa kakitangan kerajaan patut menolak skim pinjaman perumahan LPPSA.7 SEBAB KENAPA KAKITANGAN AWAM WAJIB TOLAK SKIM PINJAMAN PERUMAHAN DI BAWAH LPPSA
1. Akta LPPSA memberi kuasa yg luas kpd Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dgn pinjaman perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kpd salah guna kuasa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat2 pembiayaan spt kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan kekal sama spt pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.
3. LPPSA mempunyai hak untuk meminjam wang drpd institusi kewangan dan terlibat dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan dan hak LPPSA terhadap hartanah yg digadaikan oleh peminjam. Ini boleh memberi risiko kerugian kpd LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak peminjam boleh terjejas.
4. Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan berkaitan dgn pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya kpd LPPSA.
Ini beerti kerajaan tidak lagi campur tangan dlm urusan pinjaman kakitangan awam slps ini dan ianya tertakluk kpd bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.
5. Kakitangan kerajaan yg memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan peguam panel yg telah disediakan oleh LPPSA shj. Tidak sebagaimana sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk menguruskan urusan pinjaman perumahan.
Sudah pasti peguam panel yg dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing fees) yg akan dikenakan oleh LPPSA utk dokumentasi yg disediakan oleh peguam panel.
6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma2 dan syarat2 sbgaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.
7. Akta LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat utk terlibat dlm perniagaan bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko untung dan rugi.
Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak akan selamanya kekal sama ttp sebaliknya tertakluk kpd untung dan rugi perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.
Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)
sumber
1 Komentar untuk "Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Diswastakan"
Seperti yg I tahu, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dah diswastakan dan juga pemohonan dah jadi lebih runsing dan susah berbanding sebelumnya. Harap ini boleh dinaiktingkatkan secepat mungkin.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”