Satu kelebihan apabila anda ingin membeli belah di IKEA adalah adanya perkhidmatan bas percuma (shuttle bus) yang disediakan oleh pihak IKEA khusus untuk pergi dan balik ke IKEA Mutiara Damansara dan IKEA Cheras.
Ia merupakan kemudahan yang sangat berguna sekiranya anda tidak mahu bersusah payah untuk memandu kenderaan sendiri.
Namun kekurangannya adalah, anda terpaksalah angkut barang yang dibeli di IKEA naik bas tersebut! Kalau barang berat dan besar, Hmmm... renung-renungkanlah. Lagi pun bas percuma ini hanya disediakan untuk mengambil dan menghantar penumpang di lokasi yang ditetapkan sahaja.
Berikut adalah lokasi dan jadual perjalanan bas percuma (shuttle bus) untuk ke IKEA.
1. IKEA Mutiara Damansara
Lokasi Hentian Bas
- Hentian Bas Stesen LRT Kelana Jaya
- Pintu masuk Ground Floor IPC (Ikano) Shopping Centre. (Bersebelahan Gedung IKEA)
Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Hentian Bas Stesen LRT Kelana Jaya
- Hari : Isnin ~ Ahad
- Masa : 9.00 pagi, 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang, 7.00 petang, 9.00 malam
Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Pintu masuk Ground Floor IPC (Ikano) Shopping Centre.
- Hari : Isnin ~ Ahad
- Masa : 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 2.00 petang, 4.00 petang, 6.00 petang, 8.00 malam, 10.30 malam
2. IKEA Cheras
Lokasi Hentian Bas
- Hentian Bas Stesen LRT Chan Sow Lin
- Pintu masuk utama IKEA Cheras
Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Hentian Bas Stesen LRT Chan Sow Lin
- Hari : Isnin ~ Ahad
- Masa : 9 pagi, 9.30 pagi, 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2 petang, 3 petang, 4 petang, 6 petang, 7.30 malam & 8 malam
Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Pintu masuk utama IKEA Cheras
- Hari : Isnin ~ Khamis
- Masa : 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2.00 petang, 3.00 petang, 4.00 petang, 5.00 petang , 6.00 petang, 7.30 malam, 8.00 malam, 9.30 malam, 10.00 malam
- Hari : Jumaat ~ Ahad
- Masa : 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2.00 petang, 3.00 petang, 4.00 petang, 5.00 petang , 6.00 petang, 7.30 malam, 8.00 malam, 9.30 malam, 10.00 malam, 10.30 malam, 11.00 malam
Perhatian : Masa dan jadual perjalanan bergantung kepada situasi semasa trafik jalanraya.
Perhatikan papan tanda ini! Di sinilah lokasi bas berhenti. |
p/s: Berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat pergi dan balik. Selamat membeli-belah di Gedung IKEA!
0 Komentar untuk "Jadual Bas Percuma IKEA Cheras Dan Damansara"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”