Nasi Ayam Penyet Asli Yang Sedap


Nasi Ayam Penyet antara makanan yang semakin popular dan digemari oleh masyarakat negara ini. Resepi yang berasal dari Indonesia ini semakin mudah untuk dinikmati apabila banyak restoren Ayam Penyet dibuka di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.

Untuk menikmati Nasi Ayam Penyet di restoren adakalanya tidak puas. Kalau dapat buat sendiri lagi best kerana dapatlah makan sepuas hati.

Nasi Ayam Penyet Asli Yang Sedap
gamabr dari google

Resepi Nasi Ayam Penyet

Berikut adalah cara-cara untuk membuat Nasi Ayam Penyet Asli yang mudah diikuti dan gerenti sedap!

1. Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Penyet
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian. 
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara membuat Ayam Goreng Penyet
  • Rebus ayam selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan untuk masak nasi)
  • Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap beberapa jam (lebih lama lebih bagus, sebaiknya semalaman).
  • Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
  • Setelah perap, golek-golekkan ayam pada tepung beras.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

2. Bahan-bahan untuk Sambal Penyet
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
Cara membuat Sambal Penyet
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil. Tambahkan garam dan gula merah mengikut citarasa anda.

3. Bahan-bahan untuk Nasi Penyet
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam
Cara Memasak Nasi Penyet
  • Panaskan butter. 
  • Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

4. Cara membuat Sup Ayam Penyet
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan sup bunjut jika mahu lebih rasa sup).
  • Panaskan sebelum dihidangkan. 
  • Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

5. Bahan-bahan tambahan (Terpulang kepada anda jika mahukannya)
  • Tempe (digoreng)
  • Tahu (digoreng)
  • Kangkung (dicelur)
  • Timun
  • Kobis

Nak mudah faham lagi! Tonton video cara-cara membuat nasi ayam penyet ini



Kini anda boleh menikmati nasi ayam penyet sepuasnya! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...

0 Komentar untuk "Nasi Ayam Penyet Asli Yang Sedap"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved