Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online

Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online: Slot Akasia TV3 senantiasa memaparkan drama rantaian yang diadaptasikan dari novel sebagai daya penarik tontonan. Ianya terbukti berjaya apabila sambutan setiap drama sangat hebat dan menjadi fenomena tontonan ramai.

Selepas Cinta Si Wedding Planner, drama baru bertajuk "Tundukkan Playboy Itu" pula akan bersiaran di slot Akasia TV3 ini. Dibintangi oleh pelakon utama Hafidz Rosdi dan Uqasha Senrose, drama ini pasti akan terus mengekalkan populariti slot Akasia ini.

Drama Tundukkan Playboy Itu adalah hasul produksi A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd yang diadaptasikan dari Novel Tundukkan Playboy itu karya Anjell terbitan Karya Seni.

Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online

Sinopsis Novel 

Berikut adalah sinopsis ringkas novel Tundukkan Playboy Itu sebagai gambaran awal kisah yang terkandung dalam novel yang hebat ini!

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Baca Novel Online

Menarik novel Tundukkan Playboy ini? Jika menarik... boleh baca novel ini secara online mengikut bab melalui link di bawah ini:

Dapatkan Novel Tundukkan Playboy Itu di MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, MUDA OSMAN, KEDAI-KEDAI BUKU atau dapatkan secara online di www.p2u.my

Kredit : Penerbit Karyaseni

1 Komentar untuk "Baca Novel Tundukkan Playboy Itu Online"
Tanpa Nama
delete

Woww.. I love this novel

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved