Panduan Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam SPA8i Online


Bagi lepasan PMR, SPM, SPMV, STPM, STAM, Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD dan melalui Bakat atau Kemahiran yang layak untuk memohon pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam (kakitangan kerajaan) boleh mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara online.

Sebelum mendaftar permohonan, sila semak maklumat mengenai jawatan yang ingin dipohon, syarat-syarat lantikan dan tugas serta tangga gaji yang ditawarkan di link berikut:

Cara Permohonan

Berikut adalah cara dan panduan untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) secara Online:

Sila layari salah satu server Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) berikut:
  • Server 1 atau Server 2
  • Sila klik Daftar Akaun Baru untuk membolehkan anda mendaftar permohonan secara online.
Sila baca panduan mengisi borang SPA8 untuk memudahkan anda membuat pendaftaran

Panduan Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam SPA8i Online

Syarat-syarat Pendaftaran


  1. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  2. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  4. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
  5. (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  6. (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  7. (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan mengikut tarikh yang telah di tetapkan
Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi SPA di: spa.gov.my

Rujukan Dan Semakan

Selain itu SPA menyediakan kemudahan rujukan dan semakan secara Online bagi pemohon SPA8i melalui link berikut:
Semoga berjaya buat semua pemohon yang mendaftar di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) secara online.

0 Komentar untuk "Panduan Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam SPA8i Online"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved