Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari


Panduan dan cara Solat Sunat Gerhana Matahari: Fenomena Gerhana Matahari (khusuf) Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. 

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari


Dari Abi Musa Al – Asy’ari ra beliau berkata: 
"Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW. Nabi lantas berdiri takut kerana kuatir akan terjadi hari kiamat sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan solat sedemikian rupa" 

Kemudian beliau bersabda:
"Sesungguhnya ini merupakan tanda tanda kekuasaan yang di kirimkan Allah Swt yang tidak terjadi di sebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah swt mengirimkan untuk menjadikan hamba hamba Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka bermohonlah pertolongan dengan berdoa , berzikir, mengingati Allah Swt dan mohonlah keampunanan kepada nya."

Maka... Fenomena Gerhana matahari ini bukanlah masa untuk kita semua bergembira tetapi masa untuk menginsafi diri akan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT dan sesuangguhnya tiada yang lebih berkuasa darinya.


KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
  1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
  2. Ruku'
  3. I'tidal
  4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
  5. Ruku'
  6. I'tidal
  7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA
  1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
  2. Ruku'
  3. I'tidal
  4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
  5. Ruku'
  6. I'tidal
  7. Sujud
  8. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

www.muftins.gov.my

0 Komentar untuk "Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved