Panduan Kemaskini Laporan Tahunan Guna eROSES


Kecanggihan sistem komunikasi dan kemudahan internet telah mengubah cara dan urusan dan kini mulai 18 Mac 2013, semua pertubuhan berdaftar hendaklah mengemaskini laporan tahunan Pertubuhan atau Persatuan secara online selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 melalui Sistem Elektronik Pengurusan Pertubuhan (eROSES).

Maka setiap pertubuhan berdaftar tidak perlu lagi menghantar secara manual semua laporan pertubuhan. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga.

Kemaskini Laporan Tahunan Pertubuhan Guna eROSES

Namun bagi mereka terutama Setiausaha Pertubuhan yang bertanggungjawab dalam mengemaskini setiap laporan pertubuhan yang mempunyai masalah untuk menggunakan sistem eROSES ini boleh menggunakan panduan berikut.

Pastikan anda melakukannya mengikut aturan yang betul dan pastikan ianya disemak dengan teliti sebelum butang terakhir iaitu penghantaran dilakukan kerana tiada pembetulan boleh dilakukan lagi selepas itu.

Panduan Guna eROSES

Berikut adalah panduan dan cara kemaskini laporan tahunan pertubuhan atau persatuan secara online guna sistem eROSES


Jika paparan tidak muncul sila ke link berikut:
CARA_MENGHANTAR_LAPORAN_TAHUNAN

Jangan abaikan untuk menghantar penyata tahunan pertubuhan anda kerana apabila tidakan telah dilakukan, amat sukar untuk mengembalikan status pertubuhan anda!

Sebarang persoalan dan masalah, boleh hubungi:
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Aras 2 & 3, Blok B,
Bangunan Chancery Place,
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik,
62542 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Tel : +603-8890 5776 / +603-8889 5778
Faks: +603-8889 3706
Emel : webadmin.ros[at]moha.gov.my

0 Komentar untuk "Panduan Kemaskini Laporan Tahunan Guna eROSES"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved