Panduan Hantar Penyata Tahunan Pertubuhan Online


Panduan Hantar Penyata Tahunan Pertubuhan Online: Menghantar Penyata Tahunan Pertubuhan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh pertubuhan berdaftar di Malaysia di bawah akta pertubuhan 1966 dan jika tidak dilakukan, pertubuhan tersebut boleh dibatalkan pendaftarannya.

Mulai 18 Mac 2013, semua pertubuhan berdaftar hendaklah menghantar maklumat Penyata Tahunan selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 secara online iaitu melalui Sistem Elektronik Pengurusan Pertubuhan (eROSES) ;

Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa;
Setiap pertubuhan hendaklah menghantar maklumat tahunan dalam tempoh 60 hari selepas Mesyuarat Agung atau sekiranya tiada penganjuran Mesyuarat Agung, 60 hari selepas berakhirnya tahun kalendar, iaitu sebelum 1 Mac tahun berkenaan.
Panduan Hantar Penyata Tahunan Pertubuhan Online

Hantar Penyata Tahunan Pertubuhan secara online

Berikut adalah panduan atau cara untuk menghantar Penyata Tahunan Pertubuhan secara online iaitu melalui Sistem Elektronik Pengurusan Pertubuhan (eROSES)


Jika paparan tidak muncul sila ke link berikut:
CARA_MENGHANTAR_PENYATA_TAHUNAN

Jangan abaikan untuk menghantar penyata tahunan pertubuhan anda kerana apabila tidakan telah dilakukan, amat sukar untuk mengembalikan status pertubuhan anda!

Sebarang persoalan dan masalah, sila hubungi:
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Aras 2 & 3, Blok B,
Bangunan Chancery Place,
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik,
62542 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Tel : +603-8890 5776 / +603-8889 5778
Faks: +603-8889 3706
Emel : webadmin.ros@moha.gov.my

0 Komentar untuk "Panduan Hantar Penyata Tahunan Pertubuhan Online"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved