Cara Mohon Bekalan Air Paip Syabas -Selangor/ KL/ Putrajaya

Berikut adalah panduan serta cara untuk memohon permohonan akaun bekalan air paip dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bekalan air paip bersih merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk kehidupan manusia masa kini. Ia bukan sahaja digunakan untuk air minum tetapi juga untuk pelbagai tujuan lain seperti membasuh, memasak, menyiram dan sebagainya.

Oleh itu, bagi penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Syarikat SYABAS merupakan satu-satunya syarikat yang yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan air paip bersih ini.


Mohon Akaun Syabas

Untuk mendapatkan bekalan air paip ini, permohonan akaun perlu dipohon kepada pihak SYABAS melalui Khidmat Pelanggan di Pejabat SYABAS yang ada pada setiap Daerah bersama dokumen-dokumen yang lengkap.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:
1. Borang Permohonan Bekalan Air - Water Application Form
2. Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air - Water Supply Agreement Form
3. Kad Pengenalan / Pasport (Salinan) - Identification Card / Passport (Copy)
4. Dan Salah Satu Daripada Dokumen-Dokumen Berikut:
  •  Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) - Copy Of Sales & Purchase Agreement (S&P)
  •  Salinan Hakmilik (Geran) - Copy Of Ownership (Grant)
  •  Salinan Perjanjian Sewaan - Copy Of Tenancy Agreement
  •  Surat Kebenaran Dan Akujanji - Letter Of Undertaking

Status Pemohon

Berikut pula adalah syarat-syarat permohonan sekiranya anda tergolong dalam salah satu status pemohon yang disenaraikan di bawah:

1. Premis Sedia Ada Yang Mempunyai Tunggakan
Pemilik atau penghuni baharu dibenarkan untuk membuka Akaun Bekalan Air Baharu bagi premis sedia ada yang mempunyai tunggakan yang tidak dibayar oleh pemilik atau penghuni terdahulu.
Pemilik atau penghuni baharu tidak bertanggungjawab ke atas tunggakan yang tidak dibayar oleh pemilik atau penghuni terdahulu.

2. Senarai Hitam Pemegang Akaun
Pemegang akaun adalah bertanggungjawab ke atas pembayaran Bil Air. Pemegang Akaun yang mempunyai tunggakan akan terus di senarai hitamkan daripada membuka Akaun Bekalan Air baharu untuk premis lain. (Senarai Hitam adalah ke atas pemegang akaun dan bukan
premis)

3. Pertukaran Pemilikan (Tanpa Menanggalkan Meter Air)
Pemilik baharu boleh memohon Pertukaran Pemilikan untuk membuka akaun bekalan air baharu di bawah nama baharu tanpa perlu menanggalkan meter air sedia ada. Dengan itu, tiada caj pemasangan
meter air akan dikenakan. Sekiranya, meter air tiada ditapak semasa bacaan Bil Air terakhir, caj pemasangan meter air baharu akan dimasukkan ke dalam Bil Air pemilik baharu. Walau bagaimanapun, pemilik baharu perlu membayar caj duti setem dan deposit untuk membuka akuan baharu.

4. Pembukaan Akaun Bekalan Air Baharu Tanpa Surat Perjanjian Sewaan
Penyewa premis tanpa Surat Perjanjian Sewaan boleh memohon bekalan air tertakluk kepada penyewa / pemohon menandatangani Surat Kebenaran dan Aku Janji dengan persetujuan pemotongan bekalan air apabila diarah oleh pemilik

5. Pembukaan Akaun Bekalan Air oleh Penghuni Tidak Sah atau Setinggan
Penghuni tidak sah atau setinggan tanpa Surat Izin daripada pemilik boleh memohon akaun bekalan air tertakluk kepada penghuni tidak sah atau setinggan menandatangani Surat Kebenaran dan Aku Janji
dengan persetujuan pemotongan bekalan air apabila diarah oleh pemilik tanah atau premis.

6. Permohonan Semula Bekalan Air Daripada Pemilik Sama (Akaun Ditamatkan)
Pemegang Akaun boleh memohon semula Akaun Bekalan Air yang telah ditamatkan di bawah nama dan premis yang sama. Pemohon hanya perlu menghantar semula Surat Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air asal berserta salinan Kad Pengenalan atau Pasport, tertakluk kepada pembayaran tunggakan sepenuhnya, jika ada.


Permohonan Talian Terus Untuk Akaun Bekalan Air
  • Pengguna juga boleh memohon Bekalan Air melalui Portal Talian Terus Khidmat Pelanggan di www.syabas.com.my.
  • Selepas melengkapkan butir-butir di portal, pengguna perlu menghantar melalui pos dua set Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air yang telah dilengkapkan dan di tandatangani berserta Surat Kebenaran dan Aku Janji, jika berkaitan; ke Jabatan Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat SYABAS, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur.
Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi:
  • Talian bebas tol : 1-800-88-5252
  • Faks: 03 2295 5168
  • Website: www.syabas.com.my
  • SMS : taip PUSPEL [jarak] [aduan atau pertanyaan] Hantar kpd : 39222
  • Email : puspel@syabas.com.my


sumber rujukan: Syabas

2 Komentar untuk "Cara Mohon Bekalan Air Paip Syabas -Selangor/ KL/ Putrajaya"

Oo dh boleh apply secara on9 ye?😃

saya ingin memohon bekalan air paip ditempat saya...sYa nk tanya berapakah kos pembayaran untuk pendaftar baru

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved