Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa


Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa: Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa).

Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)

Buah Mahkota Dewa

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Kaedah Menggunakan Buah Mahkota Dewa

1. Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah .

Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.

2. Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

Panduan Penggunaan 

  1. Waktu Minum - Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.
  2. Kekerapan Meminum - Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
  3. Cara menyimpanan - Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.

Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus

Berikut adalah penggunaan Mahkota Dewa mengikut pengkhususan jenis penyakit:

Diabetes Mellitus
Kaedah:
  1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, iris dan cuci bersih.
  2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
  3. Saring air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)
Kanser dan Tumor
Kaedah:
  1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih, 10 gram sambiloto(hempedu bumi) kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
  2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
  3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan
Hepatitis
Kaedah:
  1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan
  2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
  3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.
Rheumatik dan Asam urat (gout)
Kedah:
  1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan
  2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tersisa 3 gelas
  3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.

Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa
  • Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
  • Minum susu segar
  • Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
  • Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak leh tahan.

Peringatan

  1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
  2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
  3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
  4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan. Kena sabar la.
sumber:FB

5 Komentar untuk "Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa"

Ada jual ke.. Saya ingin membeli

Tanpa Nama
delete

sy amalkan minum....xda rasa apa pun...

Tanpa Nama
delete

kat area mana...yg kering n basah pun ada....sentiasa berbuah je pokok nya....

Ada tanam d rmah tp buahnya gugur g2 aja

Saya ada jual anak pokok mahkota dewa dan buahnya sekali

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved