Panduan Cara Mudah Solat Sunat Dhuha: Sudahkah anda melakukan solat sunat dhuha? Ketahuilah akan begitu besarnya manfaat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan solat sunat dhuha ini.
Tidak tahu hendak melakukan solat sunat ini? Panduan solat sunat dhuha berikut memberikan anda rujukan mudah bagaimana hendak melakukan solat sunat dhuha ini.
Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amalan agar beroleh ganjaran bagi memperbanyakkan bekalan untuk kebahagiaan di dunia dan diakhirat kelak...InsyaAllah.
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
Panduan Ringkas Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah paduan ringkas dan asas untuk melakukan solat sunat dhuha. Rukun solat adalah sama seperti solat sunat yang lain.
Panduan Doa ringkas setelah selesai solat Dhuha
Berikut adalah panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk bacaan doa ringkas setelah selesai solat sunat dhuha.
Rujukan: KUSZA
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat Dhuha.
Tidak tahu hendak melakukan solat sunat ini? Panduan solat sunat dhuha berikut memberikan anda rujukan mudah bagaimana hendak melakukan solat sunat dhuha ini.
Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amalan agar beroleh ganjaran bagi memperbanyakkan bekalan untuk kebahagiaan di dunia dan diakhirat kelak...InsyaAllah.
Maksud Solat Dhuha Dan Sunnah
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
Panduan Ringkas Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah paduan ringkas dan asas untuk melakukan solat sunat dhuha. Rukun solat adalah sama seperti solat sunat yang lain.
- Niat Solat Dhuha: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
- Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.
- Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha
Panduan Doa ringkas setelah selesai solat Dhuha
Berikut adalah panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk bacaan doa ringkas setelah selesai solat sunat dhuha.
- “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Rujukan: KUSZA
Manfaat Solat Sunat Dhuha
Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah:- Dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya. Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)
- Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)
- Solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat Dhuha.
1 Komentar untuk "Panduan Cara Mudah Solat Sunat Dhuha"
Semoga bermanfaat. Amin...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”