Dalil Puasa Isnin Dan Khamis
Antara dalil melakukan amalan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis- "Dibentangkan semua amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang bepuasa" (Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab; "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan(menjadi nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku" (H.R Imam Muslim)
- Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa; "Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" (Riwayat Imam Tarmizi)
Lafaz Niat Puasa Sunat Isnin Dan Khamis
Berikut adalah cara niat puasa Isnin dan Khamis yang mudah:- "Sahaja aku puasa sunat Isnin/Khamis kerana Allah Ta'ala"
Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis
Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:- Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
- Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
- Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis... "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" - Hadis riwayat Muslim
- "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
- Tanda bersyukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurnia nikmat NYA yang tidak terhingga.
- Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
- Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
- Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Jom sama-sama kita meningkatkan amalan sunat dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis bagi menambah bekalan untuk kita bawa di hari akhirat kelak. Semoga segala urusan dan amalan kita dipermudahkan dan diberkati
1 Komentar untuk "Lafaz Niat & Kelebihan Puasa Hari Isnin & Khamis"
Insyalllah....
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”