Mohon Rumah Kos Rendah, Sederhana, Mampu Milik & PPR

Ingin memohon Rumah Murah atau Rumah Kos Rendah (RKR), Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik yang juga dikenali sebagai Rumah Selangorku & Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)?

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Rumah Kos Rendah, Sederhana & Mampumilik - Rumah Selangorku

Cara Permohonan

Berikut adalah cara dan perkara penting yang anda perlu lakukan dan ketahui apabila ingin membuat permohonan rumah Selangorku & PPR.

Permohonan rumah Selangorku & PPR boleh dipohon dengan dua cara berikut iaitu secara online atau penghantaran terus borang permohonan.
  1. Pendaftaran secara online di laman web ehartanah LPHS : http://ehartanah.lphs.gov.my
  2. Cara penghantaran terus borang permohonan ke LPHS - Muat turun borang permohonan di sini: Muat Turun Borang
Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web ehartanah LPHS: Senarai Projek Perumahan Selangorku

Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu anda sediakan untuk dihantar bersama borang permohonan:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  2. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
  3. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  4. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  5. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  6. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  7. Penyata KWSP (jika ada); dan
  8. Salinan bil air atau bil elektrik.

Syarat-Syarat Permohonan

Sebelum membuat permohonan, perkara berikut perlu anda ambil tahu. Syarat-syarat kelayakan memohon ini perlu dipatuhi agar permohonan anda mudah di terima.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Selangorku di Negeri Selangor:
Rumah Kos Rendah, Sederhana & Mampumilik - Rumah Selangorku
  1. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  2. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Penyewaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Council Homes di Negeri Selangor:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM2,000 sebulan;
  4. Pemohon telah berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau PBT yang berkaitan; dan
  5. Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR/Council Homes dibina.
  6. Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  7. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM2,000 sebulan;
  8. Pemohon telah berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau PBT yang berkaitan; dan
  9. Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR/Council Homes dibina.
Golongan sasaran bagi bakal penyewa-penyewa di PPR atau Council Homes adalah:-
  • Setinggan (sekiranya terdapat penempatan setinggan baru);
  • Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU);
  • Pemohon yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Pesara Kerajaan seperti tentera, polis dan kakitangan awam yang menerima pencen;
  • Mangsa banjir atau kebakaran; dan
  • Pekerja kilang.
2 Komentar untuk "Mohon Rumah Kos Rendah, Sederhana, Mampu Milik & PPR"

saya nak mohon utk rumah ppr kos rendah di taman intan baiduri .bagaimana cara yg terbaik en.@ puan dpt membantu sy .terima kasih

Terima kasih panduan yang sangat membantu

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved