Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M

Berikut adalah panduan dan cara untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Permohonan kali ini hanya dilakukan secara online melalui Sistem RMR1M Online namun pemohon tidak perlu risau kerana ianya akan disikan sepenuhnya oleh kakitangan Pejabat Wakil Rakyat kawasan anda.

Sistem RMR1M Online diwujudkan bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan RMR1M oleh orang awam di seluruh negara. Dengan sistem ini, orang awam tidak perlu mendapatkan borang RMR1M di SPNB melalui Wakil Rakyat. Sebaliknya mereka boleh mendapatkan terus borang permohonan tersebut di Pejabat Wakil Rakyat masing-masing secara online.

permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M

Setiap Wakil Rakyat akan diberi nama login dan kata laluan untuk mengakses RMR1M online dan mencetak borang tersebut serta mengisi data permohonan ke sistem tersebut. Maklumat tersebut akan terus disalurkan kepada sistem data SPNB untuk diproses dan status permohonan mereka akan dimasukkan ke dalam RMR1M online untuk disemak oleh pemohon di Pejabat Wakil Rakyat tersebut.

Pemohon hanya perlu melengkapkan dokumen dan menyediakan segala maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini secara online oleh kakitangan Pejabat Wakil Rakyat.

Panduan Mudah Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M. 

Langkah Pertama:
1. Pemohon perlu pergi ke Pejabat Wakil Rakyat (PWR)
2. PWR akan muat turun dan mencetak dokumen-dokumen utama guna Sistem RMR1M Online
  • Senarai semakan permohonan
  • Borang BSN
  • Surat Aku Janji
  • Surat Pelepasan Tanah
3. Pemohon perlu mendapatkan Sijil Carian Rasmi di Pejabat Tanah
4. Lengkapkan dan sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan

permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M
Langkah Kedua:
1. Pergi semula ke PWR bersama dokumen-dokumen yang diperlukan dan lengkap
2. PRW akan memasukkan segala maklumat dalam borang permohonan serta memuat naik salinan dokumen ke dalam Sistem RMR1M Online.
3. Semua dokumen-dokumen akan di ambil oleh PWR dan diserahkan kepada Pejabat SPNB
  • Senarai semakan permohonan
  • Borang BSN
  • Surat Aku Janji
  • Surat Pelepasan Tanah
  • Sijil Carian Rasmi
permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M

Prosedur

Berikut Adalah Prosedur Lengkap Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M. 
permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M


Untuk lebih jelas dan lengkap, anda boleh rujuk manual pengguna untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M di sini: Manual Pengguna


Bila dah dapat rumah baru, jangan lupa panduan-masuk-periksa-rumah-baru-anda
8 Komentar untuk "Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia - RMR1M"

Sy ingin memohon rumah mesra rakyat.. tp blacklist dgn organisasi kewangan (bank). Tidakkan ada kaedah lain yg dpt membantu sy untuk mendapatkan rumah berkenaan. Akmal 0134367248 kedah

Sy ingin memohon rumah mesra rakyat .. Ada atau tidak cawangan di pulau pinang ..

Tanpa Nama
delete

Ada... Sila pergi dan tanya pejabat wakil rakyat anda

Kalau kita xmastautin di tempat yg kita nak pohon tu, boleh mintak x? Pernah mintak under yb tapi ditolak...

mak mini
delete

Permohonan saya dah lulus.Syukur Alhamdulillah.bagi pemohon-pemohon yang masih belum dapat jawapan, kenalah rajin kontek Cawangan SPNB.Saya dapat tau permohonan saya lulus pun sebab telefon kat SPNB Cawangan negeri saya.Itu pun jenuh saya telefon setiap bulan Sebab SPNB ni tak maklumkan kepada calon status permohonan tu melalui surat.Saya doakan tuan-tuan yang memohon ni dimurahkan rezeki agar dapat kediaman yang dihajati ni.

Kalau melayu cepat dapat. Tapi bangsa lain.... hemmmm susah nak cakap.

Berapa lama proses permohonan sehingga siap rumah itu?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved