Cara Dapatkan Kod Warna Cat Kereta


Cara Dapatkan Kod (code) Warna Cat Kereta Anda: Sekarang ini kereta telah menjadi satu barang keperluan bagi semua orang. Ianya memudahkan manusia untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh dalam masa yang singkat.

Apabila sudah memilik kereta, pasti kita mahukan ianya sentiasa bersih dan tanpa sebarang cacat cela, maklum sajalah... harganya yang agak mahal! Namun adalah amat sukar untuk mengelakkannya daripada sebarang kecederaan. Paling mudah berlaku adalah pada permukaan luar kereta terutamanya cat.

Untuk sebarang baik pulih pada cat kereta sama ada sikit, kecil atau besar, adalah penting untuk kita mendapatkan warna cat yang benar-benar tepat dengan warna asal kerana jika tersalah pilih, ianya akan mencacatkan pula rupa kereta.

Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes
Pelbagai warna cat kereta

Car Color Codes

Selain dari terdapat pelbagai jenis cat, setiap pengeluar kereta juga menggunakan kod warna cat yang berbeza-beza. Malah setiap warna cat walaupun namanya serupa (contohnya : hitam @ black) terdapat beratus variasi warna cat hitam dengan pelbagai nombor kod dan nama.

Hanya melalui kod warna yang dapat menjamin warna cat tersebut adalah tepat dan sama. Oleh itu, anda mesti tahu akan kod warna cat kereta anda sebelum baik pulih dilakukan.

Persoalannya... bagaimana anda hendak mendapatkan warna kod cat kereta?

Cara Dapatkan Kod Warna

Cara yang paling mudah adalah dengan merujuk kod warna cat kereta yang terdapat pada buku manual kereta anda. Namun jika tiada tercatat di situ atau anda sudah kehilangan buku tersebut, maka anda tetap boleh mendapatkannya pada badan kereta anda.

Terdapat beberapa bahagian kereta yang biasanya tercatat kod warna cat kereta. Biasanya terdapat pada sticker body chasis yang terletak diruangan enjin, sisi pintu atau dibahagian bonet (biasanya di ruang simpan 'spare tire'.).

Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes


Cara Ketahui Nama Warna

Sesetengahnya hanya memaparkan kod atau nama warna. Untuk mengetahui kedua-duanya, anda boleh melayari laman web autospa2u.com untuk mengenal pasti kod dan nama warna cat kereta anda dengan tepat.

Di laman web ini, senarai adalah mengikut jenama kereta untuk memudahkan anda membuan carian.

Contoh kod warna dan nama cat kereta
Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes
Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes



Touch Up Process

Sekarang ini banyak dijual cat kereta dalam botol untuk anda 'touch up' sendiri jika berlaku kerosakan kecil pada cat kereta. Oleh itu amat penting untuk anda mengetahu kod warna cat kereta tersebut sebelum membelinya.

Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes
touch up kerosakan cat kereta

Kemahiran mengecat juga perlu agar ianya tidak menampakkan kesan 'touch up' yang akan mencacatkan lagi pandangan. Ia juga satu proses yang amat rumit serta leceh. 

Namun, untuk cara paling mudah melindungi sebarang kerosakan cat, tampal sahaja 'sticker' yang anda suka... Itu adalah jalan yang paling murah, mudah dan selamat... :)

Dapatkan juga cara dan panduan lengkap menjaga kereta di sini...
Kod Warna Cat Kereta Anda - car color codes

1 Komentar untuk "Cara Dapatkan Kod Warna Cat Kereta"
Tanpa Nama
delete

Kod warns perodua alza

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved