Pengalaman Belajar Menjahit Baju Kurung: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak dahulu sehingga kini dan masih menjadi pilihan tatkala mula sahaja menjelang bulan Syaban dan Ramadan, mulalah kaum hawa sibuk menembah baju kurung untuk sambutan Hari raya Aidilfitri.
Namun kini bukan sahaja di bulan tersebut malah setiap bulan pun akan ada yang mahu menempah baju kurung.
Berikutan permintaan yang tinggi, ianya merupakan satu peluang terbaik untuk menambah pendapatan hanya di rumah dan menjana ekonomi keluarga. Namun begitu, ianya tidak boleh dilakukan sebarangan kerana perlukan teknik dan sedikit kemahiran.
Namun kini bukan sahaja di bulan tersebut malah setiap bulan pun akan ada yang mahu menempah baju kurung.
Berikutan permintaan yang tinggi, ianya merupakan satu peluang terbaik untuk menambah pendapatan hanya di rumah dan menjana ekonomi keluarga. Namun begitu, ianya tidak boleh dilakukan sebarangan kerana perlukan teknik dan sedikit kemahiran.
Tekad Dan Usaha
Secebis kisah ini menceritakan bagaimana susahnya pada zaman dahulu untuk menuntut ilmu menjahit baju kurung. Hanya dengan tekad dan usaha tanpa mengenal erti putus asa sahaja yang mampu merealisaikan impian untuk menambahkan pendapatan dan ekonomi keluarga.Suatu masa dulu, saya juga seperti anda, ingin belajar menjahit. Saya ingin mulakan dengan belajar cara menjahit baju kurung terlebih dahulu. Jadi, saya meninjau kelas-kelas menjahit daripada iklan di internet. Mahalnya.. RM150, RM200… malahan ada yang mengenakan caj RM250 untuk belajar menjahit sepasang baju kurung.
Disebabkan kos yang mahal, saya batalkan niat tersebut. Saya mencari panduan menjahit baju kurung di internet menggunakan ‘Google’. Berjam-jam berhari-hari menghadap komputer, tetapi cara menjahit baju kurung yang lengkap tidak juga saya temui, walaupun berpuluh website saya lawati. Saya hampa..
Saya ke kedai buku pula. Wahhhhhhh!!! Terujanya saya, buku yang dibelek bukan setakat mengajar teknik menjahit baju kurung tradisional tapi termasuk juga cara buat baju kurung pesak gantung, baju kurung Pahang, macam-macam design blouse, kebaya, skirt dan banyak lagi. Tanpa berfikir panjang, saya beli dua buah buku dengan harga +-RM80.
Balik rumah, saya cuba praktikkan cara menjahit baju kurung di dalam buku tersebut tetapi tidak berjaya. Kenapa? Saya tak faham arahan yang ditunjukkan kerana tiada asas menjahit. Mana mungkin saya boleh faham penerangan yang seolah-olah ditujukan kepada orang yang sudah ada asas jahitan atau pernah menyertai institut fesyen. Sekali lagi saya hampa...
Akhirnya, saya tiada pilihan lain lalu mengambil keputusan mengikuti kelas menjahit baju kurung. Kelas selama dua hari berturut-turut pada sabtu dan ahad bermula daripada jam 10 pagi hingga 6 petang. Saya belanjakan RM150 untuk kelas tersebut. Terketar-ketar juga tangan masa nak bayar RM150 untuk kelas menjahit baju kurung tersebut..huhuuu…tetapi, demi ILMU dan MINAT, saya sanggup sebab itulah satu-satunya pilihan terbaik yang saya ada pada masa itu…
Berkongsi Ilmu Dan Pengalaman
Hasil dari pengalaman, beliau tidak mahu apa yang dialaminya terjadi kepada anda semua. Maka, buku panduan yang paling mudah difahami dan dipraktikkan telah dikarang dan dibukukan.
Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja dapat menyelami apa yang anda ingin pelajari dan itulah yang dikongsikan kepada anda yang ingin belajar menjahit baju kurung ini.
Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional - Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Inilah yang dapat dicurahkan hasil dari kepayahan dahulu untuk kemudahan anda semua...
Bukan sahaja praktikal buat mereka yang ingin belajar menjahit baju kurung untuk dijadikan sumber pendapatan tetapi juga buat mereka yang mahu belajar untuk keperluan sendiri walaupun 'zero' pengetahuan menjahit.
Dapatkannya di sini : Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional atau klik saja banner di bawah ini.
0 Komentar untuk "Pengalaman Belajar Menjahit Baju Kurung"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”