Tempahan Lembu Kambing Untuk Korban dan Aqiqah


Perkhidmatan Tempahan Lembu atau Kambing Korban (Qurban) dan Aqiqah (Akikah): Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka, sekarang ini kita boleh melakukan ibadah Korban (Qurban) dan Aqiqah buat umat Islam yang lebih memerlukan di mana negara-negara di seluruh dunia. Segalanya hanya dihujung jari. Inilah contoh terbaik bagaimana kemudahan teknologi media dan telekomunikasi ini digunakan dengan cara yang betul dan bermanfaat.

Perkhidmatan tempahan Qurban dan Aqiqah kini boleh dilakukan secara wakil atau online dengan begitu mudah, cepat dan diyakini. Sebelum itu, ketahui bagaimana cara dan hukum melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah secara online ini? Jawapannya anda boleh lihat melalui rujukan artikel berikut agar tiada lagi keraguan di hati:


Kenapa perlu pilih lakukan ibadah Qurban atau Aqiqah secara online?

Persoalan yang sebenarnya tidak susah tapi kadangkala sengaja dipersoalkan. Jawapannya mudah sahaja, ianya adalah satu kemudahan dan pilihan buat umat Islam untuk melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah.

Perkhidmatan Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara Online

Bagi mereka yang tidak punya masa atau kesukaran melakukan ibadah ini sama ada mungkin kerana kekurangan wang untuk membeli seekor lembu/kambing atau tiadanya rakan-rakan (ahli keluarga) yang dapat bersama memenuhi bahagian untuk seekor lembu maka ibadah Qurban secara online ini memberi jalan penyelesaian untuk meneruskan niat anda.

Ianya juga memberi peluang buat anda untuk melakukan ibadah ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti di negara-negara di mana umat Islam dalam keadaan miskin, memerlukan makanan dan tertindas sehinggakan begitu sukar untuk menjamah daging walaupun setahun sekali.

Maka pilihan kemudahan dan peluang ini dapat diwujudkan secara cepat dan berkesan buat anda hanya melalui perkhidmatan tempahan ibadah Qurban atau Aqiqah secara online.

Pilihan Perkhidmatan Ibadah Qurban atau Aqiqah Secara Online

Terdapat pelbagai syarikat yang menjalankan perkhidmatan tempahan Ibadah Qurban dan Aqiqah secara online telah wujud dinegara ini. Namun bukan semuanya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan seperti yang anda inginkan.

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U) atau lebih dikenali sebagai E-Qurban merupakan peneraju perkhidmatan tempahan lembu atau kambing untuk Ibadah Qurban dan Aqiqah yang paling diyakini, berkualiti dan mesra pengguna di negara ini. E-Qurban ditubuhkan sejak tahun 2008 ini dimiliki 100 peratus oleh bumiputera Islam, maka pengalaman serta kemahiran syarikat ini tidak dapat dipertikaikan lagi.

Tambahan pula dengan jaringan hubungan yang kukuh syarikat ini di luar negara maka, ia dapat menunaikan ibadah anda benar-benar disalurkan kepada golongan sasaran.

Video Promo E-Qurban

E-Qurban juga menawarkan harga yang berpatutan pada kadar termurah dipasaran dan tidak membebankan untuk Qurban & Aqiqah di luar negara. (Harga adalah untuk tahun 2015)
  • Satu bahagian lembu : RM295.00 
  • Seekor kambing : RM550.00
Manakala pilihan Lokasi/ Negara Ibadah Qurban dan Aqiqah yang ditawarkan juga amat banyak dan bertepatan. Diantaranya adalah :
  • Kemboja
  • Kazakhstan
  • Turkmenistan
  • Tajikistan
  • Kyrgyzstan
  • Mongolia
  • Indonesia
  • Filipina
  • Thailand
  • Bangladesh

Perkhidmatan E-Qurban

Selain dari itu E-Qurban juga menyediakan perkhidmatan Program Kembara dan Waqaf kepada mereka yang berminat. Anda boleh dapatkan maklumat dan informasi lebih lanjut tentang E-Qurban serta tempahan lembu atau kambing Qurban dan Aqiqah secara Online ini di 'website eQurban' atau klik sahaja banner di bawah ini.

Perkhidmatan Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara Online

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
No. 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor

Maklumat Tambahan - Qurban dan Aqiqah 

Hukum mengerjakan Qurban dan Aqiqah adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Namun, ibadah Qurban dan Aqiqah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya.

Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala Qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.

Qurban dilakukan pada 11,12 dan 13 Zulhijjah (3 hari pertama Hari Raya Haji). Manakala Aqiqah pula tidak ada masa khusus iaitu boleh dilakukan sepanjang tahun. Cuma waktu yang paling afdhal untuk melakukan Aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Daging Qurban sunat disedekahkan secara mentah kepada fakir miskin, sedangkan daging Aqiqah pula sunat disedekahkan setelah dimasak.

0 Komentar untuk "Tempahan Lembu Kambing Untuk Korban dan Aqiqah"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved