Senarai Projek Rumah Mampu Milik 2016


Senarai Projek Rumah Mampu Milik 2016: Melalui pembentangan Bajet 2016, peluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi pelbagai skim dan projek perumahanan mampu milik daripada kerajaan dan juga GLC untuk tahun 2016 semakin bertambah.

Rebutlah peluang ini dan dapatkan maklumat mengenainya secepat mungkin sebelum terlambat.

Berikut adalah jumlah unit rumah serta senarai skim dan projek rumah mampu milik mengikut program yang telah dijanjikan dalam Bajet 2016 oleh PR1MA, SPNB, PPA1M, PPR serta GLC untuk rujukan dan matlumat bagi mereka yang memerlukan.

Senarai Projek Rumah Mampu Milik 2016

Senarai skim dan projek rumah mampu milik:

1. PR1MA
  • 175,000 unit dalam pembinaan dan 10,000 unit siap 2016 
  • Bernilai 20% di bawah harga pasaran
2. SPNB
  • 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) 
  • Subsidi RM20,000 seunit rumah
3. PPA1M
  • 100,000 unit dibina menjelang 2018 
  • bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunan
4. PPR
  • 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 rumah teres
5. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
  • Deposit pembelian rumah pertama mampu milik dibiayai oleh kerajaan.
6. Pembangunan Berorientasikan Transit
  • 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT/Monorel
7. Perumahan Orang Asli
  • 1,500 unit rumah
8. Perumahan Generasi Kedua Peneroka
  • Harga maksima RM70,000
  • 20,000 unit (FELDA)
  • 2,000 unit (FELCRA)
  • 2,000 unit (RISDA)
9. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • 4,600 unit - Sime Darby
  • 800 unit - Kwasa Land

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Bagi Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M), anda kini boleh membuat permohonan secara online.
Syarat umum permohonan RMR1M
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

0 Komentar untuk "Senarai Projek Rumah Mampu Milik 2016"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved