Contest Hujung Tahun 2015 - Review Lynk.My


Sudahkah anda sertai contest terhangat dan terhebat hujung tahun ini iaitu Contest Review Lynk.My 2015? Jika anda seorang blogger, peluang seperti ini pasti tidak sesekali disia-siakan. Masih belum terlambat untuk anda sertainya.

Contest yang dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan URL Shortener tempatan iaitu Lynk.My menawarkan hadiah berjumlah RM4,000 dalam tiga kategori iaitu TOP SEO, TOP UNDI dan TOP Kreatif.

Pertandingan berlansung selama lebih kurang DUA bulan, bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu dan pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015.

Contest Hujung Tahun 2015 - Review Lynk.My

Pengadilan dan Hadiah Setiap Kategori

Kategori TOP SEO 
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100
Pengadilan 
  • Menggunakan mod “incognito windows” pelayar Google Chrome untuk menentukan pemenang.
  • Pengadil akan copy paste link berikut di ruangan URL incognito windows Google Chrome https://www.google.com.my/search?q=contest+review+lynk.my+2015
  • Halaman web peserta yang mendapat ranking tertinggi akan dikira pemenang.bagi kategori TOP SEO

Kategori TOP lynkUNDI
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100
Pengadilan 
  • Senarai CONTEST ID dengan jumlah undi paling banyak akan dikeluarkan pada hari pengumuman pemenang
  • Jumlah undi merupakan jumlah klik paling banyak daripada referral blog peserta sahaja akan dikira.
  • Jumlah Klik CONTEST ID daripada pautan referral selain blog peserta tidak akan dikira.

Kategori TOP CREATIVE.
  • Tempat Pertama - RM1,000
  • Tempat Kedua - RM500
  • Tempat Ketiga - RM200
Pengadilan 
  • Pemenang akan ditentukan oleh pihak pengurusan lynk.my iaitu wakil syarikat HEXA COOPERATION SDN BHD
  • Penyertaan bagi kategori ini ditentukan melalui penggunaan grafik , gaya penulisan dan cara menarik pembaca yang sepenuhnya diadili mengikut kesenian peserta dalam menulis artikel.
  • Pemenang ditentukan pada 29 Disember melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.
Setiap penyertaan yang diterima adalah layak untuk memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu TOP SEO , TOP lynkUNDI dan TOP CREATIVE

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Ditulis dalam bahasa Melayu atau English sahaja.
  2. Hanya boleh disertai oleh mana-mana blogger yang berwarganegara Malaysia.
  3. Penyertaan terbuka kepada semua platform blogger namun tidak dibenarkan menggunakan domain atau subdomain yang mempunyai keyword terus kepada contest lynk. contohnya: contestlynk.com,contestlynk.blogreview,com,contestlynk.blogspot.my
  4. Hanya satu penyertaan sahaja dari setiap peserta. Jika anda ada lebih dari satu blog sila gunakan blog terbaik anda untuk pertandingan. Satu penyertaan bermaksud hanya page/entry post yang telah diterima menyertai layak untuk bertanding.
  5. Penggunaan “hacking method” dibenarkan untuk hadiah kategori TOP SEO dan TOP CREATIVE, manakala bagi kategori TOP lynkUNDI penggunaan bad traffic , autotraffic , bot dan sebagainya kemenangan akan ditarik balik dan diberikan kepada pemenang yang layak. (Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sebarang tindakan ban oleh pihak ketiga keatas anda.)
  6. Artikel mestilah unik dan asli iaitu tidak menciplak hasil penulisan orang lain. Jika pihak penganjur mendapat laporan tentang sebarang peniruan, penyertaan anda akan dibatalkan serta merta.
  7. Artikel mesti di terbitkan pada atau selepas 27 Oktober 2015. Jika artikel diterbitkan sebelum tarikh terlebut, tidak layak utuk menyertai pertandingan.
  8. Tiada had panjang minimun dan maksimum untuk artikel.
  9. Gaya penulisan artikel ialah bebas.
  10. Wajib memiliki akaun di lynk.my dan maklumat pengguna diisi selengkapnya bagi memudahkan urusan agihan hadiah
  11. Wajib menulis review tentang system lynk.my
  12. Wajib menulis tentang pertandingan ini termasuk senarai hadiah dan kategori yang dipertandingkan.
  13. Bagi yang berminat untuk memenangi kategori TOP lynkUNDI anda perlu menggunakan kreativiti anda bagi menarik minat pembaca artikel anda untuk klik pada CONTEST ID sebagai tanda mengundi anda untuk kategori tersebut. 
  14. Peserta boleh meletakkan BUTTON UNDI pada mana-mana bahagian/artikel TETAPI masih dalam domain blog penyertaan
  15. Anda digalakkan untuk menggunakan kreativiti untuk design artikel anda bagi memenangi hadiah bagi kategori TOP CREATIVE
Untuk maklumat dan syarat-syarat yang lebih lengkap dan jelas, sila ke laman web contest tersebut di sini: Contest Review Lynk.My 2015

Peluang masih terbuka dan tempoh masa contest juga masih panjang. Jangan lepaskan peluang untuk sertai Contest Review Lynk.My 2015... Mungkin anda salah adalah seorang pemenang yang bertuah!


5 Komentar untuk "Contest Hujung Tahun 2015 - Review Lynk.My "

Contest yang sangat menarik.

Semoga berjaya dalam kontest SEO ini.. Salam Kenal... :)

Ini bukan entri penyertaan...hanya promosi sahaja.

Semoga berjaya ya :D

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved