Mulai bulan Julai 2016, semua bil bercetak (bil secara pos) pelanggan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) bagi Streamyx dan Unifi akan dikenakan bayaran atau caj tambahan sebanyak RM2 sebulan.
Ini berikutan hanya sekitar 700,000 pengguna sahaja yang telah beralih kepadanya daripada sejumlah 4.4 juta pelanggan Telekom Malaysia.
TM mengatakan melalui bil elektronik, ia membolehkan pengguna menerima notifikasi dan bil bulanan mereka dengan lebih pantas berbanding dengan bil bercetak. Pada masa yang sama, pengguna juga akan menerima notifikasi melalui SMS selepas tujuh hari tarikh sesuatu bil berkenaan.
TM mengatakan, selain lebih pantas, langkah ini juga adalah perlu untuk kearah gaya hidup digital yang ditekankan oleh TM sendiri – disamping menjadikan operasi mereka lebih hijau.

Cara Mengktifkan E-Bil TM
Cara untuk mengaktifkan e-bil untuk akaun Streamyx atau UniFi anda:- Pengguna dikehendaki untuk menghantar emel kepada pihak TM di help@tm.com.my dengan menyertakan emel dan nombor telefon.
- Mengaktifkan e-bil di TMpoint berdekatan.
- Telefon talian khidmat pelanggan TM iaitu dengan mendail 100 untuk mengaktifkan e-bil melalui operator TM.
Selepas pengaktifan, pelanggan hanya akan menerima e-bil iaitu bil elektronik yang dihantar terus ke emel anda.
Sekiranya pengguna tidak beralih kepada e-bil, mereka akan kekal menerima bil bercetak dan dikenakan caj sebanyak RM2 sebulan secara automatik mulai bil bulan Julai 2016.
Sekiranya pengguna tidak beralih kepada e-bil, mereka akan kekal menerima bil bercetak dan dikenakan caj sebanyak RM2 sebulan secara automatik mulai bil bulan Julai 2016.
Nampaknya zaman makin maju serta canggih ini segalanya mahu jimat dan pantas! Semuanya hanya dihujung jari... Kalau tak ada jari... bayar jer la...
Note:
Pelanggan perkhidmatan telefoni daripada Telekom Malaysia tanpa jalur-lebar akan kekal menerima bil bercetak secara percuma.
Sumber
Note:
Pelanggan perkhidmatan telefoni daripada Telekom Malaysia tanpa jalur-lebar akan kekal menerima bil bercetak secara percuma.
Sumber
0 Komentar untuk "Bayaran/Caj RM2 Bil Bercetak Unifi & Streamyx "
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”