Cara Daftar & Memohon Rumah Kediaman PR1MA

Berikut adalah cara dan panduan untuk permohonan dan pendaftaran rumah kediaman Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PR1MA) untuk rujukan dan kemudahan buat yang berminat untuk memohon secara online

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Cara Memohon Rumah Kediaman PR1MA

Kriteria Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000.
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 

Langkah-Langkah Permohonan

Berikut adalah 3 langkah yang perlu pemohon lakukan untuk memohon rumah kediaman PR1MA.

1. PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my. Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
  • Buka akaun dan cipta kata laluan. Klik sini: Pendaftaran Akaun
  • Isi borang pendaftaran
  • Pilih 5 lokasi impian anda
  • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
  • Terima e-mel pengesahan permohonan
  • PR1MA akan memaklumkan anda apabila terdapat pembangunan PR1MA yang dibuka untuk permohonan di lokasi pilihan anda
2. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik. (Permohonan perlu dilengkapkan kerana cabutan undi tidak secara automatik)
  • PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda. (Pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah yang terkini serta aktif.)
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik "Projek dibuka untuk permohonan" untuk mendapatkan maklumat lanjut
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan
  • Bekerja (Ada Majikan) - Salinan kad pengenalan, 3 bulan penyata bulan terkini & Surat pengesahan majikan
  • Bekerja/perniagaan sendiri - Salinan kad pengenalan, 3 bulan penyata bank bulan terkini, Penyata LHDN terkini
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Terima e-mel pengesahan permohonan
3. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
  • Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
  • Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda

Syarat Pemilikan Rumah PR1MA

Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan morotarium selama 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium.

Infomasi Rumah PR1MA
  • Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz.
  • Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.
  • Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.
  • Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

Nota

PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

Sebarang masalah semasa membuat permohonan dan pendaftaran kediaman PR1MA, Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang).
Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my

0 Komentar untuk "Cara Daftar & Memohon Rumah Kediaman PR1MA "

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved