Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti Kerja


Apabila sampai masa dan ketika disebabkan beberapa faktor dan punca, keputusan berhenti kerja terpaksa juga diambil sama ada untuk kebaikan atau peningkatan dalam kerjaya mahupun kehidupan. Satu keputusan yang memerlukan kita membuat pertimbangan secara rasional dan sebaik mungkin kerana apabila ianya diambil, sukar untuk berpatah balik.

Apabila ingin berhenti kerja, lakukanlah secara baik dan formal dengan memberi surat pemberhentian kerja kerana kenangkanlah akan peluang yang telah diberi untuk kita bekerja di syarikat tersebut yang telah menjadi sumber rezeki kita selama ini.

Walaupun sepahit mana sebabnya, janganlah terus bertindak secara tidak profesional kerana ianya akan memburukkan keadaan dan nama kita dalam jangka masa yang panjang.

Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti Kerja


Dapatkan maklumat tentang perjanjian yang telah dimeterai dengan syarikat apabila ingin berhenti kerja. Ianya perlu dipatuhi agar segala urusan berhenti kerja berjalan lancar serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Antara yang perlu diketahui adalah:
  • Dapatkan tempoh masa untuk memberi surat berhenti kerja bagi mendapatkan tarikh akhir hari bekerja kerana ianya termaktup dalam peraturan syarikat dan telah dipersetujui oleh kita di dalam surat tawaran kerja.
  • Apabila kita tahu tarikh akhir adalah mudah kita membuat sebarang persediaan seperti pengalihan tugas kepada pekerja gantian kita nanti.
  • Syarikat juga mempunyai masa untuk mengambil pekerja baru.
  • Ketahui juga jumlah cuti tahunan yang masih ada dan layak diambil. Jika tiada pampasan cuti tahunan, adalah lebih baik anda habiskan dulu cuti tersebut.
  • Pastikan semua barangan syarikat yang perlu dipulangkan.
  • Jangan bertindak keterlaluan seperti memadamkan data, laporan dan sebagainya dengan bertujuan untuk menyusahkan syarikat dan pekerja gantian anda nanti. Ingatlah akan karma... Ikhlaskanlah segala kerja walaupun ianya sukar untuk diterima. Yakinlah... Jika anda berbuat baik, Allah SWT akan memberi yang lebih baik...

Sebarang tindakan mengikut emosi akhirnya akan memberi keburukan kepada kita maka sebelum berhenti kerja, lakukanlah mengikut prosedur dan peraturan telah dimeterai agar tidak menyusahkan atau menyakitkan hati mana-mana pihak sehingga menjadi pertikaian.

Kedua-dua pihak mesti patuh kepada perjanjian tersebut dan tindakan boleh diambil jika ada pihak yang melanggarnya. Ianya boleh dijadikan kes dan tuntutan melalui undang-undang buruh dan sivil.

Semoga hubungan anda dengan syarikat akan kekal baik dan pemergian anda direstui. InsyaAllah... jika perlu pada satu masa nanti, pasti mudah untuk anda diambil bekerja kembali...

Semoga berjaya dan berbahagia walau apa jua yang anda lakukan selepas berhenti berkerja.

0 Komentar untuk "Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti Kerja"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved