Panduan Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah


Panduan Menulis Surat Rasmi Memohon Cuti kerana tidak hadir ke sekolah: Sebagai seorang pelajar, anda juga tidak terlepas dari peraturan di mana tidak boleh cuti atau ponteng sekolah sesuka hati. Namun ianya tidak bermakna anda tidak boleh bercuti jika ada sebarang perkara penting dan mustahak yang memaksa anda untuk tidak hadir ke sekolah.

Untuk memohon cuti sekolah, pelajar mestilah menghantar surat rasmi permohonan cuti atau tidak hadir ke sekolah kepada guru kelas. Sebaik-baiknya surat tersebut ditulis sendiri oleh ibu bapa atau penjaga, namun tidak menjadi kesalahan jika pelajar sendiri menulis surat tersebut tetapi mesti mempunyai tandangan pengesahan dari pihak ibu bapa atau penjaga.

Panduan Menulis Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah

Berikut adalah contoh format surat rasmi memohon cuti sekolah (dari bapa) sebagai rujukan serta panduan. Anda boleh ubahsuai mengikut apa yang diinginkan.


No 7 Jalan Silang,
Taman Desa Kerung,
41000 Kuala Kubu Bharu
Selangor
_____________________________________________________________

Guru Kelas 5 Bintang,
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu,
Jalan Bandar,
41000 Kuala Kubu Bharu
Selangor                                                                                                03/02/2015


Tuan/Puan,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Mohamad Bin Sabullah, bapa kepada Mohammad Safuan bin Mohamad ingin memaklumkan bahawa anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 02/02/2015 di atas sebab yang berikut.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah adalah kerana pada hari tersebut beliau mengalami demam yang agak teruk sehingga menyukarkannya untuk bergerak dan melakukan sebarang kerja. 

3. Mohammad Safuan telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor telah memberikannya ubat serta menasihatkan beliau untuk berehat. Dilampirkan bersama  di sini adalah sijil cuti sakit yang diberikan oleh doktor bagi membolehkan anak saya bercuti selama sehari.

Semoga pihak tuan/puan dapat menerima permohonan ini dan ampun maaf jika ketidakhadiran anak saya mendatangkan masalah. 

Sekian, jutaan terima kasih atas kerjasama pihak tuan/puan.

.............................
Yang Benar
(Nama Penuh Bapa)


Kepentingan Surat Permohonan Cuti Sekolah

Menghantar surat permohonan cuti sekolah juga bukanlah boleh dilakukan sesuka hati. Sebab musabab yang mempunyai bukti yang kukuh dan terpaksa sahaja boleh memohon. Sebarang permohonan yang tidak mempunyai sebab yang kukuh boleh ditolak dan jika didapati menipu, sudah tentu tindakan disiplin akan dikenakan.

Gunakan kemudahan dan peluang yang ada sebaiknya dengan jujur dan amanah. Jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak diingini sehingga menyusahkan banyak pihak.

Surat memohon cuti sekolah juga amat penting sebagai bukti ketidakhadiran pelajar berserta sebab. Ianya akan dapat mengelakkan sebarang masalah serta menjadi rujukan selain dapat menunjukkan sikap tanggungjawab serta disiplin diri pelajar, ibu bapa serta penjaga.

2 Komentar untuk "Panduan Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah"
Tanpa Nama
delete

as a good teacher, this is a good job. why don't you try to be the best?
maaf jika mennyinggung perasaan, bukankah lebih baik jika pihak sekolah sediakan satu borang pelepasan/surat kebenaran untuk memudahkan "urusan" pihak ibu/bapa/penjaga/anak didik ?
PS: EVERYTHING MUST BE PERFECT BUT NOBODY'S PERFECT...

Tanpa Nama
delete

terima kasih cikgu. Halalkan saya pinjam sebagai template.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved