Panduan Menulis Surat Rasmi Berhenti Kerja


contoh format, panduan dan cara menulis serta merangka surat atau notis berhenti kerja secara formal dalam bahasa melayu dan english
contoh format, panduan dan cara menulis serta merangka surat atau notis berhenti kerja secara formal dalam bahasa melayu dan english

Panduan Menulis Surat Rasmi Berhenti Kerja: Apabila keputusan untuk berhenti kerja telah diputuskan, anda diwajibkan untuk memberitahu pihak majikan secara formal dengan menghantar surat berhenti kerja. Ianya termaktub dalam surat perjanjian tawaran kerja dimana anda perlu memaklumkan atau memberi notis kepada pihak majikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh majikan anda.

Jika anda gagal memaklumkan dalam tempoh yang telah ditentukan, kemungkinan anda akan menghadapi sedikit masalah di mana pihak majikan berhak menahan atau memotong gaji, alaun dan sebagainya serta boleh membawa kes ke Jabatan Buruh. 

Oleh itu, sebelum berhenti kerja... rujuk semula perjanjian tawaran kerja atau berbincang terus dengan bahagian sumber manusia majikan anda. Berikut adalah panduan tindakan sebelum anda berhenti kerja : Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti Kerja

Setelah mendapat maklumat yang lengkap, maka anda bolehlah menulis surat atau notis berhenti kerja untuk memaklumkan secara formal. Berikut adalah contoh atau panduan format untuk menulis serta merangka surat berhenti kerja (Bahasa Melayu) :

Contoh Kandungan Dan Format Surat Berhenti Kerja


............ [Tarikh]


............ [Nama Anda]
............[Alamat]

__________________________________________________________

............ [Nama Penyelia Anda atau Bahagian Sumber Manusia]
............ [Nama Syarikat]
............ [Alamat Syarikat]


Tuan,

Perkara: Notis Berhenti Kerja

Merujuk perkara di atas, Saya ingin memaklumkan bahawa saya : .................... [Nama Penuh Anda berserta No Pekerja atau No K/P] akan meletakkan jawatan sebagai ................... [Jawatan Anda] di Syarikat ............... [Nama Syarikat].

Merujuk kepada perjanjian, saya akan menamatkan perkhidmatan pada .............. [Tarikh akhir bekerja]. Sehingga tempoh tersebut, jika ada sebarang persoalan dan penjadualan tugas, saya sedia membantu dan berbincang.

Saya amat berterima kasih dan menghargai setiap peluang serta pengalaman selama berada di syarikat ini. Semoga syarikat ini akan terus maju jaya. 


Sekian,terima kasih.


Yang Benar

……………. [Tandatangan Anda]
................ [Nama Penuh Anda]


Jika anda lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris @ English, berikut adalah contoh isi kandungan surat berhenti kerja (resign letter) untuk panduan anda :


Re : Notice of Resignation

Dear [INSERT MANAGER’S NAME],

Please accept this letter as notice of my resignation from the position of ........... [INSERT JOB TITLE] at ............. [INSERT COMPANY].

Although this has been a difficult decision to make, I have been offered an opportunity that I believe will help me reach my long-term career goals. I hope you will understand my reasons for moving on.

As per the terms of my employment contract, I will continue to work for the company for the next ............ [INSERT NOTICE PERIOD LENGTH], completing my employment on .............. [INSERT LAST DAY YOU INTEND TO WORK]. If there are any areas in particular you would like me to focus on during my notice period, please let me know.

I have enjoyed being a part of the team and am thankful for the opportunities you have given me during my time here. I owe a great deal to the company and wish you all the best in future endeavors..

I hope that I can rely on you for a positive reference in future.


Yours sincerely

........... [YOUR SIGN]
........... [INSERT NAME]


Walaubagaimana sekalipun sebab dan keadaannya, berhenti kerja biarlah dengan cara yang baik dan dimaklumkan secara rasmi sebagaimana pihak majikan telah mengambil anda bekerja dulu. Semoga hubungan anda anda majikan tetap baik dan pemergian anda di'restui'.

Apa jua tujuan dan matlamat anda berhenti kerja, saya doakan semoga anda akan beroleh kebahagiaan dan keberkatan... amiin.

0 Komentar untuk "Panduan Menulis Surat Rasmi Berhenti Kerja"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved