Ais Lebih Bagus Dari Air Panas?: Ketahuilah fakta sebenar tentang kebaikan ais yang sebenarnya telah dibuktikan sejak sekian lama namun ianya bagaikan sengaja tidak diendahkan yang sepatutnya digembar-gemburkan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Ramai orang kata tidak elok minum ais. Tidak bagus minum minuman sejuk tetapi lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas.
Percayalah dan yakinlah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
Sejuk Dan Panas
Kita lihat kepada kejadian alam semulajadi di mana fungsi besar ais kepada kestabilan alam. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Apabila di tempat suhu sejuk, bakteria akan lemah dan kurang aktif.
Rahsia dan Kelebihan Ais Dan Air Sejuk
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan di dalam keburukan.Ketahuilah rahsia kelebihan dan kebaikan ais atau air sejuk ini. Semoga kita semua memahami fakta dan berubah pandangan kepada yang lebih baik dan betul.
Penawar Insomnia
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Menguatkan Gigi dan Menghilangkan Batuk
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Menguatkan Tulang Bayi
Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Menaikkan Semangat
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Kecerdasan Fikiran
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Perencat Kesakitan dan Kecederaan
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Bahan Terapi
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Menghindar Sakit Jantung
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang dan merangsang pengaliran darah agar bergerak dengan lancar yang seterusnya menghindar dari serangan strok atau sakit jantung.
Air Panas Makruh
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Jauh Dari Gangguan
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Menguatkan Organ Dalaman
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
sumber : FB
p/s: Benarkah Ais Lebih Bagus Dari Air Panas? Wallhualam... Yang penting jangan berlebihan dan pastikan pula ais tersebut dibuat dari air yang bersih ya...
1 Komentar untuk "Ais Lebih Bagus Dari Air Panas?"
negara kita yg bercuaca panas ni , memang air sejuk le yang segar kan ...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”