Berikut adalah panduan atau langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan diri ketika menghadapi musim jerebu. Maklumlah, adalah mustahil untuk kita berkurung dalam rumah sepanjang masa.
Oleh itu, semoga dengan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan berikut akan dapat mengurangkan risiko anda dari terkena masalah kesihatan berkaitan kesan jerebu.
Jerebu |
Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu:
- Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Banyakkan berada di dalam rumah jika tidak perlu keluar rumah
- Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, sebaiknya anda menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
- Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok. Jangan tambahkan jerebu di kediaman anda dengan aktiviti merokok atau pembakaran secara terbuka, berhentilah merokok itu adalah langkah yang bijak.
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Jika tak ada penghawa dingin, tutup mulut anda dengan penutup mulut (mask)
- Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari. Lagi banyak, lagi bagus.
- Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar. Ini akan mengelakkan anda terkesan dari asap jerebu dan pencemaran.
Berikut pula adalah panduan ataulangkah-langkah keselamatan kepada pemandu kenderaan agar sentiasa berhati-hati memandu kenderaan semasa jerebu bagi mengelakkan sebarang mala petaka:
Panduan Kepada Pemandu Kenderaan Semasa Jerebu:
- Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
- Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
- Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
- Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
- Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
- Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
- Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu kereta dalam keadaan jerebu.
- Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
- Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
- Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
Sumber maklumat :
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Ketahui juga tahap jerebu dikawasan anda dan lokasi tujuan anda agar anda sentiasa dalam keadaan bersiap sedia. Untuk itu anda boleh lihat sendiri Index Pencemaran Udara(IPU) di SINI.
Jagalah kesihatan diri dan orang tersayang. Tiada yang mampu membantu anda kecuali diri anda sendiri. Bersabarlah menempuh ujian ini kerana sesungguhnya ada hikmah disebaliknya... redha dan mohonlah keampunan.
Berdoalah... Semoga musim jerebu ini akan berakhir segera agar kita semua dapat melihat cahaya matahari yang bersinar terang menerangi alam yang indah ini sambil menghirup udara segar yang nyaman. Amiin.
1 Komentar untuk "Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu"
Perkongsian yg baik dan bermanfaat. Saya gunakan untuk share dengan pekerja di kilang. Terima kasih banyak2!!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”