Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan dan dilaksanakan bermula pada tahun 2016.
Ianya sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka
Walaubagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
UPSR juga memberi penekanan kepada penguasaan literasi, numerasi dan KBAT berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembagunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti.
UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.
UPSR 2016
Beberapa penambahbaikan dan perubahan dibuat dalam format baru yang bakal dipraktikkan untuk pertama kali kepada kira-kira 450,000 calon UPSR tahun 2016.Antaranya dari aspek item dalam kertas pemahaman bagi subjek bahasa, yang mana soalan objektif aneka pilihan dikurangkan dan ditambah dengan soalan objektif pelbagai bentuk.
Subjek bahasa Inggeris juga akan digred dalam dua kertas, iaitu kertas Pemahaman dan kertas Penulisan seperti subjek bahasa lain.
Ia bermakna keseluruhan kertas yang perlu diduduki calon UPSR adalah enam, berbanding lima sebelum ini, sementara calon sekolah vernakular akan menduduki lapan kertas berbanding tujuh sebelum ini.
Selain itu, tahap kecemerlangan murid turut diukur bukan sahaja berdasarkan peperiksaan yang diduduki, tetapi juga menerusi laporan penilaian berbentuk deskriptif yang dibuat guru melibatkan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Keputusan UPSR 2016 adalah merupakan satu daripada laporan akhir pendidikan rendah seluruh negara secara holistik, komprehensif dan bermakna.
Untuk melihat contoh instrumen dan format baru UPSR, orang ramai boleh melayari laman web www.lp.edu.my
0 Komentar untuk "Format Baharu Peperiksaan UPSR 2016"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”