Novel jalan Ke Puncak merupakan novel telah dipilih menjadi rujukan Komsas Tingkatan 2 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel ini adalah hasil karya Juri Durabi
Juri Durabi
Si Oyong atau kini dikenali dengan nama Juri Durabi, seorang penulis yang telah menghasilkan banyak karya seperti novel (Susuk Tingkayu,Jalan Ke Puncak,Misteru Gua Gumantong, Gadis Atlit, Benih Harapan,Dia Yang Dilupakan,Jaguh, Pahitnya Bak Hempedu, cerpen (Kumpulan Cerpen Daerah Patung-Patung, Perjalanan Ke Negeri Satu) Antologi Cerpen Bersama, Bagai Camar Di Lautan, Fenomena, sajak, drama radio dan esei kritikan. Juri Durabi juga tercatat sebagai salah seorang penulis yang sering memenangi Hadiah Sastera Sabah. Beliau telah menerbitkan kumpulan cerpen Perjalanan ke Negeri satu yang merupakan kumpulan cerpennya yang kedua.
Sinopsis Ikut bab 
 
 
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Juri Durabi
Si Oyong atau kini dikenali dengan nama Juri Durabi, seorang penulis yang telah menghasilkan banyak karya seperti novel (Susuk Tingkayu,Jalan Ke Puncak,Misteru Gua Gumantong, Gadis Atlit, Benih Harapan,Dia Yang Dilupakan,Jaguh, Pahitnya Bak Hempedu, cerpen (Kumpulan Cerpen Daerah Patung-Patung, Perjalanan Ke Negeri Satu) Antologi Cerpen Bersama, Bagai Camar Di Lautan, Fenomena, sajak, drama radio dan esei kritikan. Juri Durabi juga tercatat sebagai salah seorang penulis yang sering memenangi Hadiah Sastera Sabah. Beliau telah menerbitkan kumpulan cerpen Perjalanan ke Negeri satu yang merupakan kumpulan cerpennya yang kedua.
Sinopsis Keseluruhan Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2
Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.Tema Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2
Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.- Contoh: Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
Sinopsis Ikut bab 
| 
Bab | 
Sinopsis | 
| 
Bab
  Satu | 
Laiman merupakan mahasiswa
  tahun tiga jurusan kejuruteraan daripada sebuah universiti tempatan, sedang
  mengikuti latihan dengan syarikat milik Shell. Pada masa yang sama, Laiman
  berasa banyak perkara yang perlu dipelajari daripada latihan berkenaan
  termasuklah menimba pengalaman untuk berdikari sebagai seorang usahawan suatu
  hari nanti. Laiman teringat kawan sekuliahnya Chow Chin yang begitu berdikari
  walaupun berasal daripada keluarga berada. Khabarnya Chow Chin telah menjadi
  seorang pengurus sebuah hotel mewah di kota. Laiman yakin pengalaman tanpa
  kelulusan juga mampu mengubah nasib kehidupan seseorang. | 
| 
Bab Dua | 
Laiman
  bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya
  berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di
  pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal
  kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang
  pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu.
  Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab,
  seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya
  Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang
  jawapan daripada Soniah. | 
| 
Bab Tiga | 
Sukri, ketua
  jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki
  minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada
  di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di
  sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu
  sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh
  anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan
  kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar
  dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri
  juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh
  pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut
  kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia
  tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian
  bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat.
  Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia
  seminggu yang lalu. | 
| 
Bab Empat | 
Laiman dan Soniah
  menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka
  berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan
  pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat
  mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas
  cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan
  cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut
  bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman
  berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di
  universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari
  kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka. | 
| 
Bab Lima | 
Setelah pulang
  dari universiti, Laiman berubah. | 
| 
Bab Enam | 
Laiman kini
  mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya
  bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan
  kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.
  Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
  untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman
  masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak.
  Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya
  Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta
  dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan
  berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang
  membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman. | 
| 
Bab Tujuh | 
Laiman ditegur
  oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
  Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian
  Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang
  dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
  pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana
  cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka
  mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan
  daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan.
  Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu. | 
| 
Bab Lapan | 
Rancangan Laiman
  untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk
  dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah
  paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada
  mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus
  asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula
  berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga
  berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk
  mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka. | 
| 
Bab Sembilan | 
Pak Sahok tetap
  berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan
  tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi  pendapatan daripada projek ternakan ikan air
  tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang
  lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya
  mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman
  tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
  menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan
  ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia
  meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya
  bekerja sebagaimana siswazah lain. | 
| 
Bab Sepuluh | 
Kejayaan projek
  Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan
  pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran
  kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan
  udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek
  tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan
  projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang
  pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
  penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk
  diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui
  surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti. | 
| 
Bab Sebelas | 
Laiman
  dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali
  yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah
  membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka
  enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya
  dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan.
  Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja
  dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman
  telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan
  kepada anak-anak muda yang menganggur. | 
| 
Bab  
Dua Belas | 
Keengganan Muali
  dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak
  menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat
  oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja
  bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya. | 
| 
Bab  
Tiga Belas | 
Sementara Laiman
  dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam
  orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain
  seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di
  bank untuk kegunaan masa depan mereka. | 
| 
Bab  
Empat Belas | 
Laiman masih
  belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam
  ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok
  kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman
  dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka
  turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil
  tanaman, ternakan dan perniagaan mereka. | 
| 
Bab  
Lima Belas | 
Laiman merenung
  kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman
  disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia
  membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya
  berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan
  pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan.
  Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar
  dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah
  untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat
  untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah. | 
Persoalan Dalam Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2
| 
Persoalan | 
Contoh | 
| 
Ketabahan
  menghadapi dugaan hidup | 
Laiman tabah
  menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak
  bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. | 
| 
Keberanian
  menceburi bidang pertanian | 
Laiman berani
  menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan
  untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang
  harimau | 
| 
Pengorbanan demi
  kejayaan ahli keluarga | 
Abang dan nenek
  Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di
  universiti | 
| 
Semangat setia
  kawan | 
Milan yang
  merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong usaha Laiman
  untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun mendapat
  tentangan daripada keluarganya sendiri. | 
| 
Semangat cinta
  akan negara | 
Laiman sentiasa
  menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan
  memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. | 
Novel Komsas Tingkatan 2 (2016~2020)
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
1. Novel Jalan ke Puncak - Juri Durabi
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2. Novel Meniti Impian - Osman Ayop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
3. Novel Jejak Monpus - Zulaiha Paikon
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4. Novel Darah Titik di Semantan - Arman Sani
 


36 Komentar untuk "Novel Jalan Ke Puncak - Komsas Tingkatan 2"
SIKIT SANGAT
bab 6 xdak ka
mohon masukkan nota untuk watak & perwatakan , nilai, dan pengajaran.
kenapa x ade watak dan perwatakan di dalam novel jalan ke puncak....
Masukkan peristiwa menarik
Plot tkde?
Biasa la tu.
Bab 5 sikit sangat..
Adalah,,xnmpk ka?
Thanks .boleh untuk ulangkaji nak exam nanti.dapat skor bahagian ni
okeyla
OKEYLA
banyak sangat ada la
Bleh la,sinopsis yg bagus...
bagus....tapi bagi singkat lagi....panjang sangan....
Betul
Pasai buku text jalan ke puncak cerita dia 2 baris ja
ada...awak cuma baca betui2 nanti jumpala..
bab 5 mmg sikit...kalau tak buat sinopsis pon mmg sikit
kat hasani ada buku komsas cam nih..ada nota lengkap
Boleh tk ltk sbb utk mencontohi wtk Laiman
terima kasih!
best gilerr bapok😀
Synopsis yang bagus
Amat membantu
boleh masukan peristiwa x?
Biasa……apa ini aiyo
Ada tak nilai kesabaran dalam novel ni....kalau ada mohon beri tq :)
baguss
x nmpak ke kt situ
sngt mmbntu semua phak
panjang gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Blog ini sangat berguna terima kasih.blog ini boleh jadi hebat jika tambahkan lebih maklumat.
Tq. Ini sangat membantu
Bagus sngt Semua sinopsis yg diberi.Amat mmbntu😃☺️
terboekkkkk laaa
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”