Novel Songket Berbenang Emas - Komsas Tingkatan 5


Novel Songket Berbenang Emas merupakan novel terpilih yang menjadi rujukan Komsas Tingkatan 5 yang mula digunakan pada tahun 2016 bagi zon 1.

Novel Songket Berbenang Emas - Komsas Tingkatan 5


Novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999).

Novel Songket Berbenang Emas - Komsas Tingkatan 5Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).

Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.


Sinopsis Songket Berbenang Emas Mengikut Bab
Sebagai rujukan, anda semua boleh ke halaman berikut yang memberikan sinopsis Songket Berbenang Emas setiap bab demi bab (ikut bab) yang dikupas dan disediakan oleh Pn. Hasanah bt Shahidan. Jurulatih Kebangsaan SMK Convent, Taiping.

Jika Paparan tidak muncul sila ke link berikut: 


Novel Komsas Tingkatan 5 (2016~2020)
Novel Songket Berbenang Emas - Khairuddin Ayip
ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK

Novel Tirani - Beb Sabariah
ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Novel Bimasakti Menari - Sri Rahayu Mohd Yusop
ZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

Novel Silir Daksina - Md Nizar Parman
ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

2 Komentar untuk "Novel Songket Berbenang Emas - Komsas Tingkatan 5"

Info berguna. Tq BM. Lama saya tak baca novel...

terima kasih sebab sudi kongsi attachment ni....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'BMBlogr - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 BMBlogr - All Rights Reserved